JENGKING SEMAKIN BERBISA

JOHOR (2) VS (1) SABAH

Jengking bertahta di carta liga, Sabah nyata bukan tandingan Johor pada saingan liga apabila tewas digelanggang sendiri. Aksi pada basah nyata menjejaskan rentak Johor yang terkenal dengan aksi pantas dan gemar melakukan serangan balas yang sukar dijangka. Walaupun kesilapan pertahanan membolehkan Zamizan Marjan menjaringkan gol sulung, Namun ia hanya bertahan selama empat minit sahaja apabila Norizam Salaman menjaringkan 2 gol dalam tempoh 10 minit. nyata kepercayaan yang diberikan oleh The Professor dibalas dengan jaringan melalui satu gerakkan yang menarik. Hidup JOHOR

JENGKING TERUS KUKUH DI PERSADA LIGA


JOHOR - KUALA LUMPUR (2-0)


Aksi yang permain ketika menentang Kuala Lumpur tidaklah serancak bebanding perlawanan sebelum ini, pada permulaan aksi mereka agak longgar dan barisan pertahanan mudah ditembusi pasukan lawan. Namun selepas menerima beberapa arahan dari Nasir Yusoff, aksi mereka lebih teratur dan mencipta peluang-peluang menarik. Aksi kasar kedua-dua pasukan menyebabkan banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan. Kombinasi Mohd Khairul Ismail dan Azrien Affendy nyata menjadi duri dalam daging pasukan lawan yang menjaringkan gol kemenangan. kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan Johor di persada liga, saingan ketika ini hanyalah dengan Harimau Muda yang dipisahkan hanya satu mata sahaja. oleh itu mereka perlu mengekalkan aksi agar terus merajai tahta liga. Gelaran THE SCORPION KING mula kedengaran dikalangan peminat dari selatan tanah ini. lebih 2000 orang yang menyaksikan pelawanan itu dengan sorakan larkin kembali bergema. mereka berpendapat lebih 2 gol mampu dijaringkan oleh skuad jengking pada perlawanan tersebut namun mereka gagal mengambil peluang yang terhidang. Tahniah JOHOR. Go The Scorpion King-Go
Posted by Picasa

PENTING! INFO TERKINI JENGKING FAN CLUB

Bermula 3 April 2009(Jumaat), Blog Rasmi JENGKING FAN CLUB akan ditukar kepada alamat baru seperti berikut:-

Blog :- www.jengkingfanclub.blogspot.com
Email:- jengkingfanclub@yahoo.com


SUMBER- JENGKING FAN CLUB

KEMBALIKAN GELOMBANG MERAH BIRU DI LARKIN

Semua anak jati Johor diharap dapat memenuhi Stadium Larkin pada 3 Mac ini ketika menanti kunjungan kuala Lumpur bagi memberi sokongan yang padu pada Skuad Jengking. diharap penyokong yang datang nanti dapat memakai baju warna merah atau biru bagi melihat gelombang merah biru kembali melanda stadium larkin. Pasti kehadiran penyokong akan dapat menyemarakkan semangat juang permain dan menjelmakan Aksi Kamikazi yang pasti mengerunkan skuad warga kota.

-Hidup Johor-We Love Johor-The Scorpion King

JOHOR DI PUNCAK, MBJB DI SINGKIR

SUKA DUKA PEKEMBANGAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR

Tindakkan tegas FAM semalam memberi satu tamparan buat kelab dibawah naungan PBNJ. Semoga ia menjadi sebagai satu pengajaran buat Pasukan Johor dan Johor FC agar tidak terlibat didalam segala pemasalahan yang boleh menyebabkan pelbagai tidakkan dikenakan. Ia menyebabkan peminat setia semakin menjauhi bola sepak tempatan. Masih ramai peminat yang berada dibelakang mereka. Oleh kerana sudah terlalu lama skuad Jengking tidak mengecapi kegemilangan, Maka ia mengambil masa untuk menarik semula penonton yang hadir ke stadium.
Lanjutan perkara tersebut, Semua 5 perlawanan melibatkan MBJB dibatalkan dan 3 mata ditolak termasuklah Harimau Muda, memandangkan Johor belum lagi bertemu MBJB, Jumlah mata mereka adalah kekal dan mereka naik ke puncak liga. Inilah peluang yang perlu digunakan bagi menarik penonton terus membanjiri stadium. HIDUP JOHOR... KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA.
 AZRIEN AFFENDY Penyelamat bagi skuad Jengking. Ramai yang berpendapat beliau adalah antara permain Johor yang bakal menyerlah pada musim ini. Aksi dan Skill yang tinggi
menjadikan beliau sebagai pemain utama Skuad kendalian "Proffesor". beliau mampu mencipta peluang-peluang menarik melalui gerakkan satu dua dengan rakan. Jika dilihat gol-gol yang dijaringkan Skuad Johor Pada musim ini adalah antara yang menarik.
Posted by Picasa

JENGKING LEPASI HALANGAN SARAWAK

SARAWAK VS JOHOR (0-1)

Jaringan pada minit ke-13 Azrien Affendy sudah cukup bagi Johor untuk mengukuhkan kedudukan ditempat kedua. Semangat Pemain-pemain Johor semakin meningkat dari setiap perlawanan. Walau banyak peluang terhidang yang dicipta Skuad Jengking namun ketumpulan barisan serangan menjadi punca kegagalan menambah jaringan. apa yang pasti, kehadiran para penyokong ketika menanti kunjungan Skuad Kuala Lumpur pasti meningkat dan Sorakkan Larkin akan terus bergema, Ramai berpendapat Skuad Jengking mampu memintas Harimau Muda bagi 2 atau 3 perlawanan yang akan datang jika mereka mampu mengekal rentak cemerlang mereka setakat ini. AYOH KITA PENUHKAN STADIUM LARKIN. HIDUP JOHOR!

STADIUM LARKIN

 

Sampai bila stadium larkin terus sunyi dari sorakkan peminat setia, tiada pasukan yang berjaya tanpa sokongan dari penonton sendiri. Kemanakah mereka menghilang? semangat permain-permain perlu dibantu dengan sorakkan mereka. kita semua berharap agar Pasukan Jengking akan mampu layak ke LIGA SUPER musim depan. musim ini adalah musim yang paling tepat, aksi mereka telah mencapai tahap yang boleh bersaing dengan Pasukan Elit. Corak KAMIKAZE yang cuba diterapkan oleh "Proffesor" semakin menujukkan kesan pada para pemain. Pasukan Kelantan yang berstatus bingtang penah kita tewaskan, itu bermakna kita mampu bersaing dengan mereka. terdapat juga permain-permain Johor yang mampu menyarung jersi negara, seperti contoh Irfan Ghani, Azrien Affendy, Mohd. Kharul Ismail dan lain-lain permain perlu mendapat perhatian jurulatih skuad kebangsaan kelak. Fokus utama adalah melayakan diri ke LIGA SUPER musim depan seterusnya menjuarai Liga Perdana musim ini. setiap permain perlu meningkatkan mutu permainan mereka dari setiap pelawanan, Permain-permain perlu melihat aksi mereka melalui rakaman video agar mereka dapat melihat kelemahan permainan mereka bagi setiap pelawanan. MISI utama permain sekurang-kurangnya adalah menjadi pasukan yang bertaraf Asia, mampu bersaing dengan pasukan-pasukan kelab di Asia. Setiap permain perlu diberi peluang untuk melihat cara dan aksi pasukan-pasukan yang lebih hebat dari mereka didalam satu sesi yang telah ditetap oleh Jurulatih dan diadaptasi semasa latihan. KITA MAMPU MENGUBAHNYA.
Posted by Picasa
 
Salah satu gerakkan yang dicipta oleh pemain Johor. Menunjukan mereka mempunyai semangat juang yang tinggi, mereka telah tunjukan apa yang peminat mahu, TAPI.. apakah alasan anak jadi Johor untuk terus menyepi? dimanakah GELOMBANG MERAH BIRU yang pernah melanda stadium larkin. Ayoh..... Sama-sama kita memberi sokongan kepada mereka.. HIDUP JOHOR
Posted by Picasa
 TAHNIAH NASIR & PENGURUSAN PBNJ
Layak digelar "The Professor", aksi skuad bimbingan Nasir Yusoff pada musim ini amat memberangsangkan serta menarik untuk ditonton, jika dikekalkan dibawah kendalian beliau, tak mustahil Johor akan terus dihormati oleh pasukan lawan. Aksi penuh dengan gerakan-gerakan menarik, hantaran silang yang tepat, pantas dan berdisiplin ditengah padang. memberi kepuasan bagi penonton yang datang. semakin hari semakin meningkat jumlah mereka yng datang. HIDUP JOHOR.. KAMI AKAN TERUS SOKONG DAN SOKONG.
Posted by Picasa

SKUAD JOHOR 2009

 
Posted by Picasa

MENYUSUN PELUANG

 
Posted by Picasa

AKSI JENGKING DI LARKIN

 
Posted by Picasa

AKSI PEMAIN JOHOR

 


IRFAN GHANI
Posted by Picasa

TERUS SOKONG DAN SOKONG

 
Posted by Picasa

SOKONGAN YANG JITU SKUAD JENGKING

 
Posted by Picasa

AKSI JENGKING

 
Posted by Picasa

JENGKING FAN CLUB

BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN SEMANGAT PEMAIN-PEMAIN SKUAD JENGKING AGAR DAPAT MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR, ADALAH DIHARAPKAN SEMUA PENYOKONG DAN ANAK JADI JOHOR DAPAT MEMBERI SOKONGAN YANG BERTERUSAN KEPADA SKUAD BOLASEPAK NEGERI JOHOR

BAGI MENJAYAKAN SERTA MENGERAKKAN SEMULA KELAB PENYOKONG JENGKING, ADALAH DIHARAPKAN SEMUA PENYOKONG SKUAD JENGKING DAPAT MENGADAKAN SATU PERJUMPAAN YANG DITETAPKAN MENGIKUT TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG BERSESUAIAN

UNTUK MAKLUMAT DAN CADANGAN SILA MAKLUMKAN MELALUI:-

EMAIL :- jengkingfanclub@yahoo.com
BLOG RASMI :- www.jengkingfanclub.blogspot.com

WAKIL PENYOKONG :- GHAZALI BIN SAMAD
NO. TELEFON :- 013-7168171

*DIPERLUKAN MEREKA YANG BERKEMAHIRAN DENGAN IT ATAU KOMPUTER BAGI MEMBANTU KEMASKINI BLOG RASMI “JENGKING FAN CLUB”.

ATM MANGSA KEBANGKITAN JENGKING

ATM VS JOHOR (0-5)

Mohd Faizol Hussin
Hardi Ahmad
Saiful Mizan
Mohd Kharul Ismail
L. Rajesh



Selepas hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis ketika menentang PKNS, Skuad Jengking membalas kepecayaan peminat setia dengan membelasah ATM 5-0. M. Faizol menjaringkan gol pendahuluan melalui sepakan percuma dari luar kotak penalt pada minit ke-6 separuh masa pertama. S ejurus separuh masa kedua bersambung Johor terus mengasak ke kubu Gawang ATM pada m-53 melalui Hardi Ahmad, Saiful Mizan (m-54), Khairul Ismail (m-62) dan L Rajesh (m-83). ternyata mereka bermain dengan cukup semangat dan mengikut segala tektik. permainan mereka cukup baik dan dapat menjaringkan gol-gol yang menarik selain pertahan yang kukuh. SYABAS Johor. kami akan menunggu anda ketika bertemu Kuala Lumpur dah stadium larkin nanti pada awal April. HIDUP JOHOR. KAMI AKAN GEGAR LARKIN...

MENANG TIPIS DITANGAN PKNS SELANGOR

Johor VS PKNS Selangor (1-0)

Mohd Khairul Ismail


Aksi kurang menyakinkan ditunjukan oleh anak buah Nasir Yusof nyata mengusarkan penonton yang hadir. Simbolik dari pemain-pemain Johor dengan memberi bendera Negeri Johor kepada penyokong yang hadir nyata memberi kesan kepada mereka, sambil menyanyikan lagi sorak HIDUP JOHOR, sorakkan terus bergema... namun selepas 30 minit aksi berlansung, Jengking Mula menguasai perlawanan, banyak peluang yang terhidang dilepaskan oleh barisan serangan johor. Ketua Pasukan Mohd. Khairul Ismail Sekali lagi menjadi penyelamat dengan jaringan melalui satu sepakan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke 70 yang memberi kelegaan kepada pasukan dan penonton. semoga skuad Johor dapat mengekalkan semangat & rentak kemenangan ini agar menjadi skuad yang digeruni lawan. HIDUP JOHOR..

PELUANG JOHOR MEMANCING PENYOKONG SETIA

Selepas tempoh rehat yang panjang, skuad Johor perlu mengunakan peluang bermain ditempat sendiri menentang PKNS Selangor pada jumaat ini. Selepas beberapa pelawanan persahabatan didalam tempoh rehat, skuad jengking perlu mengunakan peluang bagi menarik semula penyokong setia agar dapat memenuhi stadium kembali. Penyokong setia Johor sudah lama dahagakan kemenangan demi kemenangan bagi menaikkan semula gelombang merah biru. Dengan mengambil kira keadaan adik-adik mereka Johor FC dan MBJB, ternyata skuad Johor dianggap lebih konsisten dikalangan skaud dari selatan tanah air ini. pasti jumlah penonton akan bertambah jika preatasi mereka menjadi ukuran.

JENGKING IKAT SENGKANG FC

Johor VS Sengkang FC (1-1)


Pada 27 Februari 2009, Skuad Johor mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sengkang FC dari singgapura, ternyata permain-permain Johor menguasai perlawanan tersebut, walaupun Sengkang FC mempunyai permain import, ia tidak mengentarkan Skuad Jengking. malah mereka mudah memecahkan benteng pertahanan pasukan lawan. Perlawanan tersebut adalah bagi menguji permain simpanan Johor yang berehat panjang bagi aksi Liga Perdana. Lingkungan 200 orang penonton yang hadir pada malam tersebut. Ramai yang berpendapat skuad bimbingan Nasir Yusof mampu pergi lebih jauh dan malah berpeluang merasai kehangatan Liga Super Musim depan jika mereka mampu mengekal dan meningkatkan prestasi mereka. Go-Johor-Go..

JOHOR & T.TEAM SAMA HEBAT

 Mohd. Faizol Hussain menyelamatkan skuad bimbingan Nasir Yusof dari kekalahan dengan pasukan baru bertaraf bintang T-Team, Walaupun skuad tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol terlebih dahulu. namun semangat yang ditujukan permain skuad jengking tetap tinggi. namun aksi kasar kedua-dua pasukan menyebabkan 2 kad merah dilayankan oleh pengadil perlawanan. Mohd Sairozi Daud terpaksa melupakan aksi ketika bertemu PKNS Selangor pada 13 Mac 2009 akibat kad merah tersebut. Pastinya pemburuan merampas kedudukan teratas diteruskan bagi skuad "Proffesor" bagi pertemuan di larkin nanti. Mengharapkan sokongan penonton untuk membanjiri stadium bagi menaikkan semangat pemain-pemain johor.
Posted by Picasa

TUGAS BERAT JENGKING BERTEMU T.TEAM

Mampukan Johor mengekalkan rekod tanpa kalah apabila bertandang ke terengganu pada 16 februari 2009 bertemu T.Team. Rata-rata penyokong Johor berpendapat ia merupakan ujian sebenar skuad jengking dibawah kendalian "Proffesor". selain mendapat sokongan dari penonton tuan rumah, kelebihan T.Team adalah dari permain yang berstatus bintang dan berjaya mengekalkan prestasi cermelang setakad ini. namun skuad jengking juga mampu melakukan satu lagi kejutan seperti mana yang berjaya dilakukan ketika bertemu kelantan dengan kemenangan yang agak besar berbanding skuad yang berstatus bintang. semoga semua pemain skuad jengking dapat mengekal rentak kemenangan. yang pastinya penyokong jengking akan terus bertambah ketiga bertemu PKNS selangor pada 13 Mac 2009 nanti. GEGAR! JOHOR

JENGKING SENGAT SANG KANCIL

JOHOR 4-0 MELAKA

Azrien Affendy Sadudin (2Gol)
Mohd Khairul Ismail
Mohd Sairozi Daud

Sorakan Larkin kembali bergema distadium larkin. Ternyata persembahan pasukan johor pada tahun ini amat baik sekali, walaupun pada separuh masa pertama agak buntu untuk merobek gawang lawan. Namun perubahan corak permainan yang dilakukan selepas rehat nyata memberi kepuasan pada penonton datang. kehadiran para penyokong semakin bertambah sejak pelawanan pertama lagi. semoga keputusan yang dicapai dapat dikekalkan agar sorakan larkin terus bergema.. Tahniah Johor.

KALAH BERMARUAH - PIALA FA

Pusingan Pertama

KELANTAN VS JOHOR (4-0)

Pusingan ke-2

JOHOR VS KELANTAN (3-0)

Mohd Khairul Ismail
Mohd Faizol
Azrien Affendy Sadudin

(Kelantan menang agg 4-3)

Kalah bermaruah! itulah yang dikatakan oleh penonton kepada skuad Jengking ketika menewaskan kelantan 3-0 ditempat sendiri. aksi yang nyata memukau penonton diselangi dengan kekecohan dikalangan penyokong kedua-dua buah pasukan. ternyata skuad bintang kelantan mudah diratah si jengking. sorakan larkin kembali bergema.. jentera tengah ternyata dikuasai johor. Dengan kombinasi pemain muda dan berpengalaman menjadi aset skuad "Proffesor". jika aksi dan keputusan ini dapat dikekalkan gelombang merah distadium akan kembali seperti di zaman kegemilangan johor suatu ketika dahulu. BANGKITLAH JENGKING!

kEPUTUSAN LIGA PERDANA 2009

JOHOR VS FELDA UNITED FC (2-1)
Mohd Sairozi Daud (2Gol)


Langkah kanan buat Skuad Jengking melepasi perlawanan yang pertama. kepantasan serta strategi yang berkesan diamal permain johor nyata menghiburkan. namun saingan masih awal dan banyak yang perlu dipertingkatkan oleh pemain johor. Rata-rata pemain johor pada musim ini terdiri dari pemain muda, masa depan yang cerah bagi mereka mecipta nama. kepakaran "Proffesor" amat ditagih bagi meningkatkan nama johor agar zaman kegemilangan lepas dapat dikembalikan untuk penyokong setia johor.


JOHOR VS SHAHZAN MUDA (2-0)
Mohd Sairozi Daud
Mohd Khairul Ismail


Aksi yang cukup memukau penonton-penonton yang hadir distadium. itulah yang dapat dirumuskan oleh mereka. kelincahan, tektik, skil serta semangat pemain-pemain johor membuatkan sorakkan larkin kembali distadium. jika semua peluang digunakan johor mampu menjaringkan lebih dari 2 gol. walau lingkungan 1000 orang yang hadir, nyata sorakkan mereka tetap memberi semangat pada pemain-pemain johor. boleh dikatakan selain penjaga gol, mereka berpeluang menjaringkan gol pada malam itu. semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada perlawanan yang akan datang. Syabas johor...